07 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Bagi peringkat sekolah, pada 5 Mac 2011, SKPM telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bersama-sama dengan KRT Kg. Telok Tasik dan JK Surau Kg. Telok Tasik.  Perarakan murid dan guru bermula dari Surau Kg. Telok Tasik ke sekolah bersama-sama dengan ahli-ahli JK KRT dan JK Surau Kg. Telok Tasik.

Banyak acara telah diadakan seperti Perarakan Terbaik mengikut rumah sukan, majlis ucapan, ceramah maulidurrasul dan pertandingan nasyid antara kelas. Namun acara yang paling meriah ialah acara makan-makan....

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS