04 March 2010

SEJARAH SEKOLAH

Perkembangan kemajuan sekolah berlaku sejajar dengan kepesatan pembangunan daerah Setiu. Pertambahan penduduk di sekitar Kg. Guntung dan Kg. Panchor Merah pada tahun 70 an telah menyebabkan penduduk yang berada di sekitar Guntung Luar hingga ke Kg. Panchor Merah telah menghantar anak-anak mereka ke S.K. Guntung Luar.

Apabila penduduk semakin bertambah iaitu merangkumi Kg. Pandang Serai, Kg. Teluk Tasik, Kg Ulu Kekabu dan Kg. Panchor Merah dan ditambah pula dengan kewujudan Felcra Panchor Merah, maka bilangan murid di S.K. Guntung Luar juga bertambah.

Permohonan bagi pembinaan sekolah baru telah dikemukakan oleh JKKK Panchor Merah pada tahun 1978. Tapak asal bagi pembinaan sekolah ialah di sebelah kawasan perkuburan Kg. Panchor Merah, tetapi ianya mendapat bantahan daripada penduduk sekitar dan akhirnya telah dipersetujui bahawa tapak sekolah ialah di Bukit Guntung Anak iaitu tapak sekolah yang ada sekarang ini yang mana dulunya merupakan tapak longgokan kayu balak.

SKPM mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1995, dan mula beroperasi pada tahun 1996. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan yang menempatkan 14 bilik darjah, sebuah makmal sains, dewan, bengkel KH, stor sukan, bilik guru, bilik komputer, bilik perpustakaan, bilik KK, bilik tayangan, pusat sumber, dan beberapa bilik lain.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Mat Ali bin Jusoh (1996-19997), diikuti oleh Encik Nik Anuar bin Abdullah (1998), Tn. Hj. Wan Ahmad bin Wan Su (1999), Tn. Hj. Ahmad Daud (2000-April 2008), En. Kamardin bin Kaffi (April 2008-November 2008), Tn. Hj. Saikh Kamaruden b. Saikh Ismail (November 2008-Mac 2009) dan Guru Besar sekarang ialah En. Mohammad Noor b. Mat Hasan (bermula Mac 2009),. Kini sekolah ini mempunyai 20 orang guru termasuk 2 orang guru J-Qaf, 4 orang staf sokongan, 6 orang kakitangan swasta dan 3 orang pengawal keselamatan manakala murid sekolah ini mencapai 208 orang (Disember 2009).

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS