04 March 2010

MAKSUD PERLAMBANGAN DAN WARNA LENCANA SKPM


Nama sekolah yang diringkaskan menjadi SK Panchor Merah(SKPM), berada di atas lencana - menjunjung nama sekolah dengan kemuliaannya sebagai tempat mencari ilmu dunia dan akhirat.


Bendera negeri Terengganu - negeri bertapaknya SKPM

Topi ijazah dan segulung sijil - ilmu pengetahuan yang diperolehi akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada murid-murid.

Obor - semangat yang tak kunjung padam yang ada dalam diri murid-murid dan guru-guru SKPM dalam memberi dan menerima ilmu pendidikan demi kejayaan anak bangsa.

Roda teknologi yang mengelilingi obor - dalam mengejar kejayaan, guru-guru dan murid-murid berani menerima dan melakukan perubahan yang sesuai dengan perkembangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Buku - perkembangan ilmu pada asasnya melalui buku. Buku adalah alat utama untuk mendapat ilmu dan pengetahuan.

Berilmu, Beramal, Berakhlak - motto SKPM dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada murid-murid dan guru-guru dengan nilai-nilai yang terpuji.

Warna Biru - melambangkan perpaduan seia dan sekata dalam kalangan warga SKPM dari Guru Besar, guru-guru, dan semua kakitangan SKPM.

Warna Coklat - warna bagi daerah Setiu, Terengganu.

Warna Kuning - melambangkan penghormatan dan kemuliaan yang diperolehi daripada sikap yang positif dan fikiran yang terbuka dalam kalangan warga SKPM.

Warna Merah - disesuaikan dengan nama SKPM, melambangkan keteguhan dan kesabaran yang ada dalam diri murid-murid dan guru-guru SKPM dalam mengejar cita-cita.




0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS