21 August 2010

Perpindahan Tuan Guru Besar SKPM

Berita yang mengejutkan dan menyedihkan semua warga SKPM. Sah bahawa Guru Besar SKPM Encik Mohammad Noor telah dipindahkan ke SK Kuala Kubang, Jabi. Beliau telah melaporkan diri ke SK Kuala Kubang pada 16 Ogos yang lepas. Mengikut maklumat yang diperolehi, seorang guru dari SK Seri Berang akan menggantikan tempat beliau di sini. Selamat datang kepada GB baru. Walau apa pun satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan pada 19 Ogos yang lalu sempena perpindahan Cikgu M. Noor. Majlis diakhiri dengan sajak penuh syahdu 'Salam Perpisahan' daripada pengerusi majlis Ustazah Iliza sebelum acara penyampaian  cenderahati dan bersalaman dengan Cikgu M Noor.






0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS