Perpindahan Tuan Guru Besar SKPM
Berita yang mengejutkan dan menyedihkan semua warga SKPM. Sah bahawa Guru Besar SKPM Encik Mohammad Noor telah dipindahkan ke SK Kuala Kubang, Jabi. Beliau telah melaporkan diri ke SK Kuala Kubang pada 16 Ogos yang lepas. Mengikut maklumat yang diperolehi, seorang guru dari SK Seri Berang akan menggantikan tempat beliau di sini. Selamat datang kepada GB baru. Walau apa pun satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan pada 19 Ogos yang lalu sempena perpindahan Cikgu M. Noor. Majlis diakhiri dengan sajak penuh syahdu 'Salam Perpisahan' daripada pengerusi majlis Ustazah Iliza sebelum acara penyampaian cenderahati dan bersalaman dengan Cikgu M Noor.
0 comments:
Post a Comment