Kem UPSR Fasa II 4-6 Ogos 2010
Agenda kecemerlangan UPSR sentiasa berjalan. Bagi menukar 'angin' dan menambah pengetahuan dan motivasi kepada penjaga dan murid, pihak sekolah telah menjemput beberapa orang guru berkemahiran dan berkepakaran dalam mata pelajaran masing-masing untuk berkongsi rahsia teknik dan taktik dalam menjawab soalan UPSR kepada murid-murid dan guru-guru. Seribu penghargaan kepada Cikgu Kama (BM), Cikgu Cik Zaidi (Sains), Cikgu Anuar (Matematik) dan Cikgu Wati (English). Majlis Motivasi kepada murid dan penjaga pula, pihak sekolah menjemput Ustaz Ali Sabri dan yang paling utama kem ini telah dirasmikan majlis penutupnya oleh YB Dato Hj Mohd Jidin yang sentiasa memberi komitmen yang baik terhadap sebarang program sekolah ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua.
0 comments:
Post a Comment