28 February 2011

Majlis Perjumpaan dengan Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 6

Telah diadakan pada hari Rabu 23 Februari 2011. Perjumpaan kali pertama ini adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi para ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 2011 dengan pihak sekolah dan guru-guru yang mengajar tahun 6. 
Dalam majlis tersebut GB En. Abdul Halim dan PK Pentadbiran En. Ibrahim menyentuh tentang peranan ibu bapa dan penjaga dalam memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak dalam tahun 6 dengan sentiasa mengambil berat tentang emosi, kesihatan dan pelajaran mereka.  Begitu juga dengan amal ibadat dan juga dengan solat mereka. Selain itu juga Setiausaha JK UPSR, En. Azanudin turut membentangkan perancangan JK UPSR SKPM untuk tahun 2011 yang telah disusun bagi memastikan murid-murid dapat bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan September nanti.  Semua guru yang mengajar mata pelajaran UPSR termasuk Agama Islam (PAFA) turut memberi penerangan tentang permasalahan pelajaran murid kepada  para ibu bapa dan penjaga.  Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua yang hadir.

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS