15 February 2011

Lawatan Timbalan Pegawai PPD Setiu



Pada 14 Februari 2011, Tuan Hj Kipayatuallah Dato' Mohd Said, Timbalan Pegawai PPD Setiu telah datang menziarahi SKPM bersama dengan beberapa orang Penolong Pegawai PPD. Beliau bersama pegawai lain sempat meninjau keadaan persekitaran dan bangunan SKPM.  Sebelum beredar, beliau sempat mengadakan perjumpaan dengan semua guru SKPM. Beliau berharap agar semua guru dapat meningkatkan volume kerja masing-masing dan dapat memberikan yang terbaik untuk murid-murid di SKPM.  Keikhlasan dan kesungguhan amat perlu untuk memberi kejayaan kepada murid dan guru akan mendapat balasan yang baik di dunia dan akhirat.  Akhir sekali beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah bangunan dan padang SKPM yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS