31 December 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011

Barisan Pentadbir SKPM 2011

Pada 28 Disember 2011, Mesyuarat Guru-guru SKPM Kali Pertama bagi Sesi 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKPM. Tak ada muka baru bagi tahun 2011, cuma GB saja yang agak baru... (Muka yang lain semua dah `buruk`.....ha ha). 
Dalam mesyuarat ini GB telah memberi penerangan tentang misi dan visi sekolah. Selain itu beliau juga berharap agar semua guru dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam mendidik anak-anak SKPM dan dapat merealisasikan hasrat Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mahu meneruskan keterbilangan dan kelestarian pendidikan Terengganu.

GPK Pentadbiran pula memberikan penerangan tentang tugasan guru yang tidak banyak berubah seperti tahun lepas.  Beliau juga berharap agar mesyuarat kali pertama panitia mata pelajaran, KSSR, Linus dan lain-lain dapat dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

Begitu juga dengan GPK HEM yang meminta agar guru kelas dapat menghantar Buku Kedatangan Murid setiap hari ke pejabat sebelum pukul 9.00 pagi.  Selain itu, semua fail di bawah HEM hendaklah dihantar ke bilik GPK HEM untuk semakan. Ini termasuklah dengan rekod PKBS dan fail murid, hendaklah disimpan di bilik PK HEM.

GPK Ko pula meminta agar guru dapat berpakaian uniform pada setiap hari Selasa bagi Persatuan Pengakap dan Puteri Islam.  Ini juga disyaratkan untuk murid Tahun 3 hingga 6.  Masa kegiatan Ko juga telah diubah memandang banyak masalah berlaku pada tahun lepas.

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS