07 January 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

P/s : Guru-guru yang tak ada dalam gambar ni, minta maaflah banyak-banyak. Kami tahu anda sedang berkursus. Tahniah untuk anda yang sanggup berkorban masa, tenaga dan perasaan...
Tahun baru dah menjelma. Bercuti belum sempat 'cemuh', dah nak buka sekolah. Malas aaa. Nasib baik menang bola Juara Piala Suzuki AFF 2010, dapatlah cuti bonus sehari lagi. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. Nak hidup, kena kerja. Maka kerja pun mesti diteruskan. Apa yang diharap tahun ini prestasi kita semua akan bertambah baik dari tahun lepas. Masalah tahun lepas harap dapat diselesaikan. Jangan masalah yang lepas tak selesai, tambah masalah baru yang makin teruk lagi. Hancusss terus. Bekerja dalam satu organisasi sememangnya saling berhubungan dan berkait antara satu sama lain. Yang 'atas' yang 'bawah'.. sama aje. Konsep 'peduli aku' tak perlu nak diturut sangat.... Cakap saja tak apa. Tapi jangan sampai tak dibuat... Kita ni semua manusia. Ada had dan baik buruk masing-masing dan sama-sama cari rezeki yang halal. Tambah bertuah lagi, mendidik anak bangsa seagama agar lebih cemerlang dan gemilang daripada kita.... Walau apa pun semua kakitangan di SKPM adalah hebat!!!! Tahniah....

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS