08 August 2010

Kem UPSR Fasa II 4-6 Ogos 2010

Agenda kecemerlangan UPSR sentiasa berjalan. Bagi menukar 'angin' dan menambah pengetahuan dan motivasi kepada penjaga dan murid, pihak sekolah telah menjemput beberapa orang guru berkemahiran dan berkepakaran dalam mata pelajaran masing-masing untuk berkongsi rahsia teknik dan taktik dalam menjawab soalan UPSR kepada murid-murid dan guru-guru. Seribu penghargaan kepada  Cikgu Kama (BM), Cikgu Cik Zaidi (Sains), Cikgu Anuar (Matematik) dan Cikgu Wati (English). Majlis Motivasi kepada murid dan penjaga pula, pihak sekolah menjemput Ustaz Ali Sabri dan yang paling utama kem ini telah dirasmikan majlis penutupnya oleh YB Dato Hj Mohd Jidin yang sentiasa memberi komitmen yang baik terhadap sebarang program sekolah ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua.






0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS