16 March 2010

Mesyuarat Guru Awal Tahun 2010

Tarikh     : 31 Disember 2009
Hari        : Khamis
Tempat   : Bilik Mesyuarat SKPM
Masa      : 10.15 pagi
Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Pegawai KGSK PPD Setiu, En. Alias Husin. Antara agenda yang dibincangkan ialah tentang Misi dan Visi sekolah yang telah ditambahbaik, penggunaan uniform persatuan, buku ringkasan mengajar, kawalan murid, takwim sekolah, keluar masuk guru di sekolah dan sebagainya. Guru Besar SKPM juga memperkenalkan 2 orang guru baru yang telah melapor diri pada bulan Disember 2009.

En. Alias pula meminta agar semua guru dapat memberi komitmen yang terbaik agar peningkatan UPSR Daerah Setiu semakin bertambah. Beliau turut menyentuh tentang PPTT 09 yang dalam proses pembayaran, Pelarasan Pembudayaan P&P yang hendaklah diselaraskan dengan PPDS, NKRA, SKPM dan sebagainya.

0 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
09-6923626
© 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH melainkan dinyatakan sebaliknya. SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Kembali ke ATAS